Selepas bersara Azizan_Zainul_Abidin

Beliau menyertai Petronas sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas (Februari 1988-Februari 1995). Selain itu menjadi pengerusi Malaysia Airlines, Perbadanan Putrajaya, KLCC Holdings (M) Sdn Bhd, Petronas Carigali Sdn Bhd, MTBE Malaysia Sdn Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Malaysia LNG Sdn Bhd dan KLCC Suria Sdn Bhd.

Jasanya dikenang kerana membangunkan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan yang kini menjadi satu lagi kebanggaan rakyat Malaysia.

Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Teknologi PETRONAS dan anggota Forum Ekonomi Dunia dan Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah forum itu pada 2002. Pengerusi Majlis Perniagaan Asean-Kanada, Bendahari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Anggota Suruhanjaya Penambahbaikan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.[1]